Sabtu, 31 Julai 2010

HARGA JUALAN KURMA KORAHMAH


STOK SIMPANAN KURMA KORAHMAH UNTUK JUALAN DIBULAN RAMADHAN.




K
KURMA BERTANGKAI UTIQA RM 12/pek
KURMA BERTANGKAI NOOR/SODAT RM 11/pek
KURMA MADU BAM RM 9.00/pek

Sekolah Rendah (A) Seri Melati turut mengambil peluang untuk membuat jualan amal kurma untuk mencari dana pembinaan bangunan tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan tempat belajar. Layari : http://srimmatri.blogspot.com/

Khamis, 22 Julai 2010

PROGRAM LATIHAN ASAS BERKUDA 2010

PROGRAM LATIHAN ASAS BERKUDA 2010 DAN HARI KELUARGA HALUAN PERLIS
Tempat: Unit Ekuin, JPH,Sg.Batu Pahat, Perlis.
Tarikh: 25/7/2010 Ahad
Masa: 8.30pg-3.00 ptg
Alhamdulillah..dimulakan dengan sesi pendaftaran, para peserta yang bersama keluarga dikenakan bayaran RM15 manakala yang bujang dikenakan RM10. Kos ini bagi menampung perbelanjaan makan tengah hari dan sedikit untuk laian-lain keperluan lain..oklah tu..sekarang ni kalau makan di restoran makan sekeluarga tak cukup RM20. Kalau ada lebihan kita masukkan dalam tabung Haluan yang sentiasa kekeringan tu..
Di bahagian pendaftaran...Di situ Korahmah sempat menumpang mempromosikan jualan KURMA KORAHMAH...jadilah walaupun singkat dapat juga mengutip jualan RM 380.



Naik kereta kuda "free" seronoknya depa..letih kuda tu...
Dr.Ismail tak melepaskan peluang untuk bersama memancing...kot boleh hilang fikiran yang kusut masai tu....
Dapat ikan ...boleh goreng untuk makan tengah hari..









Dah penat..kita relax..
isshhh...naik kuda dia..seronoknya...


Team gerek mana nih??? Cikgu Abduh dah jadi pengayuh tegar..mehlah join sama..
KIta buat lagi program ni lain kali...kalau boleh lebih tersusunlah...

Ahad, 11 Julai 2010

EMAS...SIMPANAN MASA DEPAN



BERITA HARIAN 3 AUG 2010

Khamis, 8 Julai 2010

Mohon sumbangan / Infaq untuk Sekolah Rendah Agama seri melati (SRIM)


LEMBAGA TADBIR
SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI MELATI
PERKAMPUNGAN TUNJUNG
02400 BESERI, PERLIS

MOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PERBELANJAAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH BANGUNAN BAHARU UNTUK SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI MELATI (SRIM),PERLIS.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman, Sekolah Rendah Islam Seri Melati adalah sekolah persendirian atau dikenali sebagai SRIM telah ditubuhkan sejak tahun 1998 hasil derma orang ramai. Laman blog SRIM http://srimmatri.blogspot.com/

Sekolah ini menawarkan pendidikan sekolah rendah (darjah 1-6) dengan mengambil peperiksaan UPSR mengikut sukatan Kementerian Pendidikan secara sepenuh masa. SRIM amat menitikberat soal pendidikan kerohanian dengan mengajar Fardhu Ain dab Bahasa Arab Perbualan dan lain-lain yang dirasakan perlu.Ketika ini semua pelajar ditempatkan dibangunan usang dan sempit dan Lembaga Tadbir terpaksa menolak permohonan ibubapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini atas masalah tersebut.

Alhamdulillah, Lembaga Tadbir telah berjaya membeli sebidang tanah seluas 3 ekar hasil kutipan derma orang ramai. Di sinilah akan dibina sebuah bangunan 4 tingkat bagi menempatkan 16 bilik darjah dan pejabat dengan pelbagai kemudahan riadah. Kos dianggarkan berjumlah RM 2.2 juta. Usaha gigih lembaga Tadbir ketika ini telah berjaya mengumpulkan l/k RM300,000 untuk pembinaan bangunan baharu dan akan memulakan projek tersebut seberapa segera.

Pihak sekolah hanya mengenakan yuran paling minima dan tidak mampu untuk tujuan pembinaan bangunan.Atas sebab tersebut kami ingin memohon bantuan dari pihak tuan.

Sekiranya ada sedikit sebanyak sumbangan yang tuan ingin hulurkan sama ada berupa zakat, sedekah jariah atau dalam bentuk apa saja bentuk sumbangan sekali pun, boleh diserahkan kepada tabung pembinaan sekolah atas nama " DANA PEMBANGUNAN SRIM no.akaun BANK MUAMALAT: 09010001817713 . Segala kemuskilan sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Diatas kerjasama dan keperihatinan yang tuan berikan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah melimpahi ganjaran diatas kerjasama yang tuan berikan. Amien.
Sekian, Terima kasih.
Salam Hormat.



(Zaini bin Samsuddin)
Pengerusi, Lembaga Tadbir SRIM
019-4803708

Rabu, 16 Jun 2010

CERAMAH SUKARELAWAN FREEDOM FLOTILLA

CERAMAH SUKARELAWAN FREEDOM FLOTILLA & BEKAS TAHANAN PENJARA BEERSHEBA, ISRAEL
Al Fadzil Ustaz Al Hami Husin bin Suhaimi
TARIKH : 21 JUN 2010 (ISNIN)
JAM : 7.45 MALAM (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)
TEMPAT : MASJID AL-EHSAN, KG. DARAT, BESERI, PERLIS
ANJURAN :
BIRO BELIA MASJID AL-EHSAN
DGN KERJASAMA GABUNGAN NGO PERLIS SAVE GAZA
MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Isnin, 14 Jun 2010

UMRAH RAMADHAN 2010 dianjurkan SHAHID TRAVEL dengan kerjasama KORAHMAH


UMRAH RAMADHAN BERSAMA MURABBI
berikut adalah tarikh-tarikh umrah yang dikendalikan oleh Shahid Travel & Tours Sdn.Bhd.( confirm flight, price dan hotel): dengan kerjasama KORAHMAH BERHAD
Pakej 1. Umrah Awal Ramadhan: 14 - 28 Ogos (15 hari); Saudi Airlines via Singapore; RM5950.00
Pakej 2. Umrah Pertengahan Ramadhan: 18 - 31 Ogos (14 hari); MAS via KLIA; RM6690.00
Pakej 3. Umrah & Berpuasa Sebulan Ramadhan 9 Ogos - 11 Sept (34 hari); Saudi Airlines via Singapore); RM9700.00

SYARAT – SYARAT PENDAFTARAN :
1) ISIKAN BORANG PENDAFTARAN.
2) GAMBAR BERUKURAN 6 X 4 CM SEBANYAK 4 KEPING. ZOOM ANTARA TELINGA KE TELINGA 3 CM & ANTARA DAGU KE KEPALA 4 CM. ( LATARBELAKANG PUTIH ).
3) PASPORT ANTARABANGSA YANG SAH MELEBIHI 6 BULAN DARI TARIKH PENERBANGAN ( PASPORT HENDAKLAH DISERAHKAN 1 BULAN SEBELUM TARIKH PENERBANGAN ).
4) SALINAN SURAT NIKAH , SURAT AKUAN MAHRAM ATAU SALINAN SURAT BERANAK BAGI MEREKA YANG MEMBAWA MAHRAM ATAU ANAK DIBAWAH UMUR 12 TAHUN BERSAMA.
5) KAD SUNTIKAN MENINGITIS DARI KLINIK KERAJAAN.
6) WANG DEPOSIT RM 1000.00 SEORANG DALAM BENTUK WANG TUNAI ATAU CEK.
7) BAYARAN PENUH HENDAKLAH DIBAYAR 5 MINGGU SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.
8) SALINAN KAD PENGENALAN.
CENDERAHATI SYARIKAT :
KURSUS UMRAH PERCUMA

BEG PERJALANAN
BEG KECIL
BUKU PANDUAN UMRAH
AIR ZAM ZAM 10L

* bagi pelanggan Perlis, Kedah dan P. Pinang pengangkutan sama ada menggunakan bas atau kapal terbang ke KLIA/ JB boleh diurus atas permintaan pelanggan .
* harga penerbangan via Singapura termasuk tambang bas pergi balik Johor-Singapura sahaja.
*harga berdasarkan penginapan ekonomi 4 orang sebilik. Tambahan bayaran dikenakan bagi yang mahu 2 atau 3 orang sebilik
*kursus umrah diberikan beberapa hari sebelum berlepas.


Tempat Terhad , Daftar sekarang sebelum 5/7/2010
Untuk tempahan hubungi :

019-2806183 Nassir Salleh , 012-4876781 Cikgu Idris Ahmad , 012-4771544 A.Rashid
BORANG PENDAFTARAN


SHAHID TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
NO SYKT : 322653-P
NO LESEN : KPL/LN 2817
















CONTOH CADANGAN ATURCARA PERJALANAN UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN
DENGAN PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (KLIA) 18 - 31 OGOS 2010 (14 HARI)

HARI 1 AHAD (18/08/2010) – 8 RAMADHAN 1431
Jam 12.00 tengahari para jemaah melapor diri di kaunter J bagi urusan check-in barang-barang oleh petugas syarikat. Penerbangan ke Jeddah jam 3.15 petang dengan penerbangan MH150. Para jemaah dinasihatkan memakai ihram sebelum bertolak kerana akan memasuki Mekah terlebih dahulu. Sampai di Lapangan Terbang Malik Abdul Aziz Jeddah jam 6.55 petang (waktu Saudi). Jemaah disambut oleh wakil Muassasah dan syarikat serta diatur perjalanan bas berhawa dingin menuju ke Makkah. Setiba di Makkah check-in di Hotel Jawharat Mona (atau setaraf). Setelah berehat para jemaah akan dipandu untuk mengerjakan umrah oleh Mutawif.
HARI 2 ISNIN (19/08/2010) – 9 RAMADHAN 1431
Bebas dengan urusan masing-masing atau melakukan umrah.
HARI 3 SELASA (20/08/2010) – 10 RAMADHAN 1431
Para jemaah akan dibawa berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam dan tempat-tempat melakukan ibadah Haji di sekitar Makkah. Berakhir di Masjid Ja’ranah di mana para jemaah boleh mengambil miqat umrah sekiranya ingin melakukan umrah sekali lagi. Pulang ke Hotel atau terus melakukan umrah.
HARI 4-8 RABU-AHAD (21-25/08/2010) – 11-15 RAMADHAN 1431
Berada di Makkah dan bebas dengan ibadah masing-masing atau melakukan umrah. Di satu hari yang sesuai para jemaah akan dibawa ziarah ke Miqat Hudaibiyah dan ternakan unta termasuk Muzium (sekiranya mendapat keizinan pihak berkuasa).
HARI 9 ISNIN (26/08/2010) – 16 RAMADHAN 1431
Para jemaah akan tawaf wada’ (selamat tinggal) sebelah pagi dan akan menuju ke Madinah. Setibanya di Madinah, check in di Hotel Wasel Ar Rim (atau setaraf).
HARI 10 SELASA (27/08/2010) – 17 RAMADHAN 1431
Para jemaah akan dibawa oleh Mutawif untuk berziarah ke Masjidin Nabawi termasuk Raudhah, Makam Rasulullah saw, S.Abu Bakar ®, S. Omar ® dan perkuburan Baqe’. Kembali dan berehat di Hotel.
HARI 11 RABU (28/08/2010) – 18 RAMADHAN 1431
Pada sebelah pagi berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam sekitar Madinah termasuk Pasar/Ladang Kurma. Kembali ke hotel dan bebas dengan urusan masing-masing.
HARI 12 KHAMIS (29/08/2010) – 19 RAMADHAN 1431
Aturcara bebas.
HARI 13 JUMAAT (30/08/2010) – 20 RAMADHAN 1431
Pada sebelah pagi, para jemaah akan check-out hotel dan bertolak menuju ke Lapangan Terbang SAUDIA Jeddah. Jam 4.00 petang check-in penerbangan MH151 menuju ke KLIA dan berlepas jam 9.00 malam.
HARI 14 SABTU (31/08/2010) – 21 RAMADHAN 1431
Dijangka sampai di Lapangan Terbang KLIA jam 11.05 pagi dengan selamatnya, Insya Allah….
SEMOGA SEMUA PARA JEMAAH DIGANJARI DENGAN UMRAH YANG MABRUR, AMEEN.
HARGA: RM 6,690.00 DEWASA (4/5 SEBILIK)
RM 6,090.00 KANAK-KANAK (2-11 THN)
HARGA TERMASUK :
ΓΌ TIKET PENERBANGAN EKONOMI, URUSAN VISA, PENGANGKUTAN DI TANAH SUCI, ZIARAH MADINAH-MAKKAH, MAKAN 2X SEHARI + MINUMAN PANAS-SEJUK (24JAM), MUTAWIF
JADUAL PERJALANAN DAN HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SEPERTI HARGA MINYAK, HOTEL DAN DLL.





Jumaat, 4 Jun 2010

KURSUS PELUANG PERNIAGAAN EKO PELANCONGAN DI TAMAN NEGARA















KURSUS PELUANG PERNIAGAAN EKO PELANCONGAN DI TAMAN NEGARA telah dianjurkan oleh SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA pada 2 hingga 4 jun 2010 bertempat di MUTIARA TAMAN NEGARA NATIONAL PARK RESORT , PAHANG.
3 ahli KORAHMAH telah menyertai kursus ini 1. Cikgu Idris Ahmad 2. Abdul Rashid Napiah 3. Pn.Noraini. Sebuah syarikat Bas Kuala Tahan Ekspres (Kuala Perlis - Kuala Tahan ) memudahkan perjalanan kami ke sana. Tempat kursus di Mutiara Resorts Kuala Tahan disertai oleh 100 peserta dari koperasi yang terlibat dalam industri pelancongan seluruh negara.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Mangsor Saad (Pengerusi Eksekutif SKM) , Antara ucapan beliau adalah betapa perlunya setiap koperasi berinteraksi dan membuat rangkaian pintar dengan harapan gabungan ini menguatkan serta menghasilkan aktiviti pelancongan yang lebih besar...lidi bersendirian tiada kekuatan dan mudah dipatahkan manakala gabungan lidi berkumpul menghasilkan kekuatan padu dapat melaksanakan hasil kerja yang banyak dan berkualiti......pesanan bernas beliau kepada kita semua...
5 tajuk pembentangan yang telah dikemukakan dalam kursus ini antaranya:
1. Peluang Perniagaan dalam Eko Pelancongan - En Mohd.AlMizat bin Abu Halip (Pengerusi MATTA Negeri Pahang/Exco MATTA Malaysia)
- Keperluan sebagai Agen Pelancongan yang berdaftar dengan MATAA.maklumat lanjut rujuk :http://www.matta.org.my/sebagai persatuan berdaftar yang mengeluarkan lesen inbound(dalam negara)/outbound(luar negara) dan tiketing (urusan tiket pelbagai negara) yang bekerjasama dengan kementerian Pelancongan. Antara syarat untuk memperolehi lesen agen pelancongan adalah 1. syarikat sdn bhd, 2. Modal berbayar 50k~200k, 3. Orang berkelayakan (diploma) .4. telah menjalankan perniagaan lebih 2 tahun.
Beliau telah menerangkan pelbagai kaedah untuk menarik pelancong dalam dan luar negara dengan sumber yang sedia ada. Contohnya homestay dengan mengadakan aktiviti kayuhan basikal tua keliling kampung, menjala ikan, menanam padi, menoreh getah dsbnya.
2. Peluang perniaagan dalam industri Kraf tangan. EN.Ibrahim Ismail.(Pengarah Bahagian Promosi Pelancongan Malaysia)
Nilai Hasil kraf berjumlah RM243 juta setahun.Rujuk http://www.kraftangan.gov.my/
Saranan beliau , buat barang KRAF berkualiti, bernilai tinggi dan unik pada harga terbaik. Ramai orang kaya tanpa mengira harga yang mahu produk unik terutama hanya 1 sahaja dipasaran. Kita tidak mampu bersaing dengan barangan tidak bernilai dengan harga murah seperti di Nilai3.
3. Peluang Pelancongan dalam negara ke Taman Negara. oleh EnKhairol Anuar (Pegawai Perhilitan Taman Negara)
Dengan keluasan Taman Negara seluas 315 km persegi dengan pelbagai spesis haiwan,flora dan fauna dimegahkan dengan Gunung Tahan sewajarnya terlalu banyak aktiviti boleh dilakukan untuk pelancongan dalam negara.Jarak berjalankaki dari kuala Tahan ke Gunung Tahan adalah 55km mengambil masa 7 hari dengan upah guide RM1500 terhad 12 pendaki/guide. Bil.pendaki sehari dibenarkan 4 kumpulan(48pendaki sahaja.) Taman Negara mengeluarkan sijil kepada pendaki.. Boleh juga melalui Merapoh menggunakan khidmat 4x4 untuk memendekan masa perjalanan. Maklumatlanjut layari http://en.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara_National_Park http://www.tamannegara.org/

Hubungi saya (Abdul Rashid) untuk maklumat/phamplet untuk budget hotel/chalet/dorm disekitar Kuala Tahan.