Jumaat, 4 Jun 2010

KURSUS PELUANG PERNIAGAAN EKO PELANCONGAN DI TAMAN NEGARA















KURSUS PELUANG PERNIAGAAN EKO PELANCONGAN DI TAMAN NEGARA telah dianjurkan oleh SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA pada 2 hingga 4 jun 2010 bertempat di MUTIARA TAMAN NEGARA NATIONAL PARK RESORT , PAHANG.
3 ahli KORAHMAH telah menyertai kursus ini 1. Cikgu Idris Ahmad 2. Abdul Rashid Napiah 3. Pn.Noraini. Sebuah syarikat Bas Kuala Tahan Ekspres (Kuala Perlis - Kuala Tahan ) memudahkan perjalanan kami ke sana. Tempat kursus di Mutiara Resorts Kuala Tahan disertai oleh 100 peserta dari koperasi yang terlibat dalam industri pelancongan seluruh negara.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Mangsor Saad (Pengerusi Eksekutif SKM) , Antara ucapan beliau adalah betapa perlunya setiap koperasi berinteraksi dan membuat rangkaian pintar dengan harapan gabungan ini menguatkan serta menghasilkan aktiviti pelancongan yang lebih besar...lidi bersendirian tiada kekuatan dan mudah dipatahkan manakala gabungan lidi berkumpul menghasilkan kekuatan padu dapat melaksanakan hasil kerja yang banyak dan berkualiti......pesanan bernas beliau kepada kita semua...
5 tajuk pembentangan yang telah dikemukakan dalam kursus ini antaranya:
1. Peluang Perniagaan dalam Eko Pelancongan - En Mohd.AlMizat bin Abu Halip (Pengerusi MATTA Negeri Pahang/Exco MATTA Malaysia)
- Keperluan sebagai Agen Pelancongan yang berdaftar dengan MATAA.maklumat lanjut rujuk :http://www.matta.org.my/sebagai persatuan berdaftar yang mengeluarkan lesen inbound(dalam negara)/outbound(luar negara) dan tiketing (urusan tiket pelbagai negara) yang bekerjasama dengan kementerian Pelancongan. Antara syarat untuk memperolehi lesen agen pelancongan adalah 1. syarikat sdn bhd, 2. Modal berbayar 50k~200k, 3. Orang berkelayakan (diploma) .4. telah menjalankan perniagaan lebih 2 tahun.
Beliau telah menerangkan pelbagai kaedah untuk menarik pelancong dalam dan luar negara dengan sumber yang sedia ada. Contohnya homestay dengan mengadakan aktiviti kayuhan basikal tua keliling kampung, menjala ikan, menanam padi, menoreh getah dsbnya.
2. Peluang perniaagan dalam industri Kraf tangan. EN.Ibrahim Ismail.(Pengarah Bahagian Promosi Pelancongan Malaysia)
Nilai Hasil kraf berjumlah RM243 juta setahun.Rujuk http://www.kraftangan.gov.my/
Saranan beliau , buat barang KRAF berkualiti, bernilai tinggi dan unik pada harga terbaik. Ramai orang kaya tanpa mengira harga yang mahu produk unik terutama hanya 1 sahaja dipasaran. Kita tidak mampu bersaing dengan barangan tidak bernilai dengan harga murah seperti di Nilai3.
3. Peluang Pelancongan dalam negara ke Taman Negara. oleh EnKhairol Anuar (Pegawai Perhilitan Taman Negara)
Dengan keluasan Taman Negara seluas 315 km persegi dengan pelbagai spesis haiwan,flora dan fauna dimegahkan dengan Gunung Tahan sewajarnya terlalu banyak aktiviti boleh dilakukan untuk pelancongan dalam negara.Jarak berjalankaki dari kuala Tahan ke Gunung Tahan adalah 55km mengambil masa 7 hari dengan upah guide RM1500 terhad 12 pendaki/guide. Bil.pendaki sehari dibenarkan 4 kumpulan(48pendaki sahaja.) Taman Negara mengeluarkan sijil kepada pendaki.. Boleh juga melalui Merapoh menggunakan khidmat 4x4 untuk memendekan masa perjalanan. Maklumatlanjut layari http://en.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara_National_Park http://www.tamannegara.org/

Hubungi saya (Abdul Rashid) untuk maklumat/phamplet untuk budget hotel/chalet/dorm disekitar Kuala Tahan.

Isnin, 31 Mei 2010

Iklan Melancong


Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan (tidak rasmi)jumlah kematian meningkat kepada 10 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.
Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)