Khamis, 8 Julai 2010

Mohon sumbangan / Infaq untuk Sekolah Rendah Agama seri melati (SRIM)


LEMBAGA TADBIR
SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI MELATI
PERKAMPUNGAN TUNJUNG
02400 BESERI, PERLIS

MOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PERBELANJAAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH BANGUNAN BAHARU UNTUK SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI MELATI (SRIM),PERLIS.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman, Sekolah Rendah Islam Seri Melati adalah sekolah persendirian atau dikenali sebagai SRIM telah ditubuhkan sejak tahun 1998 hasil derma orang ramai. Laman blog SRIM http://srimmatri.blogspot.com/

Sekolah ini menawarkan pendidikan sekolah rendah (darjah 1-6) dengan mengambil peperiksaan UPSR mengikut sukatan Kementerian Pendidikan secara sepenuh masa. SRIM amat menitikberat soal pendidikan kerohanian dengan mengajar Fardhu Ain dab Bahasa Arab Perbualan dan lain-lain yang dirasakan perlu.Ketika ini semua pelajar ditempatkan dibangunan usang dan sempit dan Lembaga Tadbir terpaksa menolak permohonan ibubapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini atas masalah tersebut.

Alhamdulillah, Lembaga Tadbir telah berjaya membeli sebidang tanah seluas 3 ekar hasil kutipan derma orang ramai. Di sinilah akan dibina sebuah bangunan 4 tingkat bagi menempatkan 16 bilik darjah dan pejabat dengan pelbagai kemudahan riadah. Kos dianggarkan berjumlah RM 2.2 juta. Usaha gigih lembaga Tadbir ketika ini telah berjaya mengumpulkan l/k RM300,000 untuk pembinaan bangunan baharu dan akan memulakan projek tersebut seberapa segera.

Pihak sekolah hanya mengenakan yuran paling minima dan tidak mampu untuk tujuan pembinaan bangunan.Atas sebab tersebut kami ingin memohon bantuan dari pihak tuan.

Sekiranya ada sedikit sebanyak sumbangan yang tuan ingin hulurkan sama ada berupa zakat, sedekah jariah atau dalam bentuk apa saja bentuk sumbangan sekali pun, boleh diserahkan kepada tabung pembinaan sekolah atas nama " DANA PEMBANGUNAN SRIM no.akaun BANK MUAMALAT: 09010001817713 . Segala kemuskilan sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Diatas kerjasama dan keperihatinan yang tuan berikan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah melimpahi ganjaran diatas kerjasama yang tuan berikan. Amien.
Sekian, Terima kasih.
Salam Hormat.



(Zaini bin Samsuddin)
Pengerusi, Lembaga Tadbir SRIM
019-4803708