Jumaat, 18 Mei 2012

Kisah Sahabat : Abdul Rahman Bin 'Auf

Kisah Sahabat : Abdul Rahman Bin 'Auf orang kaya berpendirian mulia

SAHABAT Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.

Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.

Suatu hari selepas melihat pelbagai penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Lebih baik kamu meninggalkan Makkah menuju ke negeri Abisinia kerana di sana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Itulah suatu tempat yang cukup baik untuk melakukan hijrah sampai saat Tuhan membukakan jalan bagi kamu sekalian."

Apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW itu meninggalkan kesan mendalam kepada sahabatnya. Tidak lama kemudian, rombongan pertama seramai 10 lelaki dan empat wanita melakukan hijrah. Selepas itu, rombongan kedua kaum Quraisy daripada 83 lelaki, 17 wanita dan kanak-kanak pula, menyusuli mereka.

Mereka yang turut berhijrah ialah Usman bin Affan yang kemudian muncul sebagai seorang daripada khalifah Islam. Usman berhijrah bersama isterinya, Rukiah, iaitu puteri Rasulullah SAW.

Turut berhijrah ialah Abdul Rahman. Penyertaan Abdul Rahman dalam kumpulan yang berhijrah itu membawa makna besar kepada rombongan itu. Perkara sedemikian kerana dia adalah orang berada. Disebabkan kedudukannya itu, dia kelak dapat membantu kumpulan umat Islam dalam apa juga masalah.

Abdul Rahman adalah pedagang berjaya dan dipandang tinggi oleh kaumnya. Ia tidak syak lagi memberikan kekuatan dan keyakinan kepada mereka untuk mengharungi perjuangan menegakkan Islam dengan lebih baik.

Pengorbanan Abdul Rahman memang besar dalam menegak dan meninggikan syariat Islam. Orang kaya sepertinya sanggup mengharungi penderitaan semata-mata mahu menegakkan agamanya.

Sifat yang ada pada Abdul Rahman amat bernilai kepada perjuangan Islam pada zamannya. Dengan kekayaan yang ada, Abdul Rahman memilih untuk mengharung kesusahan dan penderitaan demi menegakkan syiar Islam di bumi.

Tanpa rasa malu dan takut, dia bergerak bersama umat Islam lain dalam rombongan hijrah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW itu. Sesungguhnya perpindahan Abdul Rahman dalam misi hijrah anjuran Rasulullah SAW itu adalah pengorbanan paling besar dalam rangka menegakkan Islam pada masa depan.

Selain dikenali sebagai orang kaya, Abdul Rahman adalah seorang perunding bijaksana. Perkara ini dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia. Sahabat Rasulullah SAW berkumpul di rumah seorang sahabat bernama Miswar bin Makhram.

Seperti biasa, dalam majlis perbincangan, timbul pelbagai pendapat yang berbeza. Hal ini juga berlaku dalam perjumpaan di rumah Miswar. Sedikit sebanyak dalam perjumpaan itu, timbul hasrat beberapa sahabat yang ingin menjadi pemimpin. Dalam pada itu, ada juga yang berfikiran rasional serta tidak mementingkan diri seperti Talhah.

Beliau berpendapat adalah lebih baik baginya tidak menjadi pemimpin sekiranya ia hanya berkemungkinan menindas sesama sendiri.

Talhah bimbang jika beliau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan orang lain jika dilantik sebagai pemimpin. Biarlah mereka yang layak mengurus dengan adil dilantik sebagai pemimpin.

Sewaktu pelbagai pendapat yang boleh mencetuskan konflik timbul di kalangan sahabat itu, ternyata Abdul Rahman mempunyai pendirian mulia. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu konflik yang tidak mendatangkan faedah dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan krisis.

Oleh itu, Abdul Rahman memikirkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapi sahabat yang bermesyuarat itu.

Akhirnya, beliau mengemukakan formula dan diterima dengan baik oleh semua pihak.

Menurut kaedah Abdul Rahman, sesiapa yang tidak bersedia menjadi khalifah, eloklah menarik diri daripada dicalonkan menduduki jawatan itu. Sebaliknya, mereka boleh menyerahkan jawatan itu kepada orang terbaik di kalangan mereka.

Sebagai membuktikan keikhlasannya, Abdul Rahman sendiri membuat pengakuan pada majlis itu dengan menarik diri daripada dicalonkan ke jawatan khalifah.

Pengakuan terbuka Abdul Rahman itu sesungguhnya menjadi kaedah kepemimpinan melalui teladan yang sangat murni sifatnya.

Kita sedia maklum biasanya seseorang yang sudah ada kekayaan tentulah ingin pula mencapai kedudukan yang lebih tinggi di peringkat kekuasaan namun tidak kepada Abdul Rahman bin Auf.

Sungguhpun dengan segala kekayaan yang ada padanya, sudah cukup untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk melantiknya menjadi khalifah tetapi dia tidak mahu berbuat demikian semata-mata kerana tuntutan nafsu.

hasil nukilan 

Ahad, 4 Disember 2011

Seminar usahawan, profesional dan Kopersasi

Assalamualaikum....Alhamdulillah.Allah Swt. masih panjangkan umur kita dan memberi peluang untuk meneruskan usaha memartabatkan Islam di atas muka bumi ini. ..Agak lama blog ini tidak aktif ..pelbagai masalah peribadi tak perlu diceritakan...namun kini cuba bangun sedikit dengan memaklumkan mengenai aktiviti akan datang yang juga melibatkan koperasi.

Firman Allah, "Kalamullah Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, yang mendermakan hayatnya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya."(Al-Lail :17-18)

Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan pelbagai tabiat, kecenderungan, minat , kemahiran dan pandangan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Begitu juga dengan amal usaha mereka di mana sebahagian daripadanya banyak melakukan kebaikan dan amal soleh untuk dirinya, kepada masyarakat dan keperluan sebuah negara(Islam) semata mata mencari keredhaan Allah. Kerja-kerja mendaulatkan Islam tidak hanya terpikul kepada para pendakwah sahaja tetapi turut sama dipikul oleh segenap bidang kebolehan samada nelayan,petani,peniga,guru, dll.bidang bergantung kretiviti masing-masing untuk turut sama memain peranan untuk mendaulatkan Islam. Hanya Allah sahaja yang menilai dan ganjaranNya cukup lumaian yang akan disediakan kepada yang ikhlas sebagai bekalan selepas mati..........
Amat beruntung mereka yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah kerana balasan dan ganjaran yang dijanjikan adalah syurga yang kekal abadi.

Jelasnya bukan sekadar ustaz sahaja berpeluang merebut ganjaran pahala melalui ceramahnya di sana-sini yang diberi secara ikhlas tetapi dibidang ekonomi juga memain peranan yang amat besar untuk kita berbakti untuk mencapai rahmat Allah swt.

Sehubungan itu bagi memberi kesedaran betapa perlunya kita bersatu bagai pepatah Melayu mengatakan...bersatu tegoh bercerai pasti roboh...maka diadakan satu seminar usahawan,profesional dan koperasi anjuran Biro Ekonomi, Biro Profesional,Koperasi Iktisas dan Kelab Usahawan Haluan Malaysia bertempat di Kuantan ,Pahang pada 16-18 Dis.2011.(lihat phamplet).
Jadi kepada para usahawan, profesional , ahli koperasi dan ahli kelab usahawan haluan yang berminat untuk turut sama menjayakan seminar ini hubungi segera 012-4771544 (Abdul Rashid)...

Jumaat, 29 Julai 2011

Assalamualaikum,
Sebagaimana biasa, pihak MATRI menganjurkan Majlis berbuka puasa bersama guru/pelajar Matri setiap petang Jumaat di bulan Ramadhan ini. Sumbangan kewangan & juadah berbuka puasa amat dialu-alukan.
Korahmah juga ada menjual korma di pejabat pentadbiran Matri. Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Nassir Salleh.

Rabu, 29 Jun 2011

MAKLUMAN

website www.coop_korahmah.1s.my telah kena godam "HACKED"...maka kita kembali ke blog ini.

TAWARAN MENGHADIRI KURSUS ANJURAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA.
BULAN JULAI 2011
5@6 JUL : KURSUS KHAS KOPERASI BARU - SUNGAI PETANI
12@14 JUL : KURSUS PIMPINAN KOPERASI - JITRA KEDAH
17-19 JUL : PENTADBIRAN KOPERASI - TAIPING
18-21 JUL : ASA PERAKAUNAN - PANTAI MERDEKA,KEDAH
20-21 JUL : PENTADBIRAN KOPERASI - MKM UTARA

OGOS - PUASA

6-7 SEP : AUDIT&AKAUN-JITRA
13-15 SEP: RANCANGAN PERNIAGAAN - MKM UTARA
20-22 SEP: ASAS KOMPUTER - MKM UTARA
20-22 SEP: REKOD/FAIL - MKM UTARA

YURAN RM25~RM45 MENGIKUT KURSUS.

MAKLUMAT LANJUT
LAYARI: http://www.mkm.edu.my/cawangan_kedah;jsessionid=85BB829661269751596386AFBC3663B8

Ahad, 19 Disember 2010

MAKLUMAT/KURSUS UNTUK ANGGOTA KORAHMAH

Assalamualaikum...Adalah dimaklumkan web http://www.coop-korahmah.1s.my/ tidak dapat dibuka sejak 19/12/2010. Sehubungan itu kita akan kembali kepada blog ini untuk menyampaikan maklumat selanjutnya.











KURSUS SEPANJANG DISEMBER 2010 DRP. MAKTAB KOPERASI WILAYAH UTARA.









Khamis, 14 Oktober 2010

makluman...perpindahan alamat blog.

Blog ini akan berpindah ke http://coop-korahmah.1s.my/ .atas permintaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. bagaimanapun alamat email masih kekal korahmah@gmail.com . Segala pandangan dan tambahan maklumat sila kemukakan ke email berkenaan.

Rabu, 8 September 2010

SALAM LEBARAN IEDUL FITRI

Ramadan yang diberkati baru sahaja meninggalkan kita. Sebulan berlalu terasa begitu pantas. Sebaik sahaja bermula 10 terakhir Ramadan, junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, tabi’in dan salihin mulai merasa hiba, sedih dan pilu.
Bulan yang kita lalu penuh nikmat ini akan pergi. Bulan yang sarat dengan keredhaan, rahmat dan pengampunanNya ini akan berlalu. Tidak ada jaminan kita akan menemuinya lagi pada tahun mendatang. Ramadan ini hakikatnya bulan luar biasa. Dibulan yang rahmat ini, begitu mudah kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Juga, kita begitu selesa melaksanakan solat tarawih dan amal ibadat di malam hari yang lain. Malah, dibulan mulia ini juga kita berupaya mengawal segala anggota lahir dan batin kita supaya bersungguh-sungguh melakukan apa yang diredhai Allah. Terbukti, bahawa kita mampu mengawal tuntutan nafsu dan syahwat kita jika kita mahu.
Namun, bukanlah mudah untuk kita mengulangi amalan seperti ini di bulan-bulan yang lain. Inilah kemulian dan istimewanya Ramadhan. Kini, 1 Syawal kembali menjelma. Sesungguhnya ‘Eidul Fitri mempunyai erti yang cukup ma’nawi bagi setiap perorangan Muslim. Ia adalah tanda kemenangan (falah). Kemenangan yang hakiki di sisi Allah SWT hanyalah bagi mereka yang telah berjaya melaluinya melaluinya dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan ketekunan. Maka itu, berasa bahagialah bagi mereka yang memenanginya. Dan merugilah bagi mereka yang telah ditewaskan.
Sambutan ‘Eidul Fitri ini akan menjadi cukup berarti andainya kita berupaya mengekalkan kualiti diri seperti mana yang diamalkan di Ramadan yang lalu. Kita perlu bertekad secara serius untuk mengangkat martabat diri sebagai khaira ummah. Ia hanya akan dicapai dengan memiliki shakhsiyyah zahiriyyah dan ma’nawiyyah iaitu penghayatan nilai kerohanian yang tinggi, memiliki akhlak mulia serta kekuatan ilmu yang mencerahkan akal dan mata hati batin (basirat ul-qalb).Justeru, selain kegembiraan dengan kehadiran syawal, ‘Eidul Fitri juga bererti ruang untuk kita mengekalkan amalan mengawal nafsu ammarah diri yang rakus dan menundukkannya kea rah ketaqwaan kepada Allah. Malah, kita wajib berikhtiar membanteras segala bentuk kemunkaran – kezaliman, salah guna kuasa, kebiadaban, pembohongan, penghinaan, pemfitnahan dan lain-lain amalan keji (mazmumah) yang terkutuk disisi Tuhan yang Maha Esa. Jangan hendaknya kesucian ‘Eidul Fitri ini dinodai dengan dosa-dosa baru setelah kita dijanjikan oleh Allah SWT kembali kepada fitrah suci diangkat darjat kepada kelompok insan yang bertaqwa disepanjang Ramadan yang lalu.
Selanjutnya, ‘Eiidul Fitri ini adalah saat yang terbaik untuk meningkatkan kualiti silaturrahim sesama keluarga, jiran dan sahabat handai serta memberikan keprihatinan kepada golongan lemah dan kurang bernasib baik tanpa mengira agama dan kaum, sesuai dengan sifat Islam itu sebagai agama rahmat ke seluruh alam.
Akhir sekali...Warga Korahmah mengucapkan SALAM IDULFITRI maaf zahir batin...