Khamis, 5 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA & INFAQ BULAN RAMADHAN

ن أبي هريرة أن أعرابياً أتى النبي r فقال: يا رَسُول اللَّهِ! دلني على عمل إذا عملته دخلت الجنة. قال: (تعبد اللَّه لا تشرك به شيئاً، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة المفروضة، وتصوم رمضان) قال: والذي نفسي بيده لا أزيد على هذا. فلما ولى قال النبي r : (من سره أن ينظر إلى رجل من أهل الجنة؛ فلينظر إلى هذا) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Dari Abu Huraira radhiyallahu `anhu bahwa seorang Arab Baduwi menemui Nabi shallallahu `alaihi wasallam lalu berkata, “Wahai Rasulullah! beritahu aku suatu amalan, bila aku mengerjakannya, aku masuk surga?”, Beliau bersabda : “Beribadahlah kepada Allah dan jangan berbuat syirik kepada-Nya, dirikan shalat, bayarkan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadhan,” ia berkata, “Aku tidak akan menambah amalan selain di atas”, tatkala orang tersebut keluar, Nabi shallallahu `alaihi wasallam bersabda : “Siapa yang ingin melihat seorang lelaki dari penghuni surga maka lihatlah orang ini”. Muttafaq ’alaih. [1]
Allah SWT, adalah Dzat yang Maha Suci dan tidak akan menerima kecuali hal-hal yang suci dan baik, demikian juga shadaqah kecuali dari harta yang suci dan halal. Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هريرة t قال : قال رَسُول اللَّهِ r : ( من تصدق بعدل تمرة من كسب طيب- ولا يقبل اللَّه إلا الطيب-؛ فإن اللَّه يقبلها بيمينه، ثم يربيها لصاحبها كما يربي أحدكم فُلُوَّهُ ، حتى تكون مثل الجبل) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Dari Abu Huraira radhiyallahu `anhu , ia berkata : “Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda : “Siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang berasal dari usahanya yang halal lagi baik maka sesungguhnya Allah menerima sedekah tersebut dengan tangan kanan-Nya kemudian Allah menjaga dan memeliharanya untuk pemiliknya seperti seseorang di antara kalian yang menjaga dan memelihara anak kudanya. Hingga sedekah tersebut menjadi sebesar gunung.” Muttafaq ’alaih. [2]

Zakat, infaq dan sadaqah memiliki fadhilat dan faedah yang sangat banyak, bahkan sebagian ulama telah menyebutkan lebih dari duapuluh faedah, diantaranya:
1- Ia mampu meredakan kemurkaan Allah kepada hambanya, Rasulullah SAW, bersabda: " Sesungguhnya sadaqah secara sembunyi-sembunyi mampu memadamkan kemurkaan Rabb (Allah)" (Shahih At-targhib)
2- Menghapuskan kesalahan seorang hamba, beliau bersabda: "Dan Shadaqah bisa menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api" (Shahih At-targhib)
3- Orang yang besedekah dengan ikhlas akan mendapatkan perlindungan dan naungan Arsy di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda: "Tujuh kelompok yang akan mendapatkan naungan dari Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya diantaranya yaitu: "Seseorang yang menyedekahkan hartanya dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya." (Muttafaq 'alaih)
4- Sadaqah sebagai ubat bagi berbagai penyakit baik penyakit jasmani maupun rohani. Rasulullah saw, bersabda: "Ubatilah orang-orang yang sakit diantaramu dengan shadaqah." (Shahih At-targhib) beliau juga bersabda kepada orang yang mengeluhkan tentang kekerasan hatinya: "Jika engkau ingin melembutkan hatimu maka berilah makan pada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim." (HR. Ahmad)
5- Sebagai penolak berbagai macam bencana dan musibah.
6- Orang yang berinfaq akan didoakan oleh malaikat setiap hari sebagaimana sabda Rasulullah saw: "Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun dua malaikat yang salah satunya mengatakan, "Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan, dan yang lain mengatakan, "Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil kebinasaan (hartanya)." (Muttafaq 'alaihi)
7- Orang yang membayar zakat ,Allah akan memberkati hartanya, Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah sadaqah itu mengurangi harta." (HR. Muslim)
8- Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekah, (QS. Al-Baqarah: 245)
9- Sedaqah merupakan penanda keimanan seseorang, Rasulullah saw bersabda, "Sadaqah merupakan bukti (keimanan)." (HR.Muslim)
10- Shadaqah merupakan pembersih harta dan mensucikannya dari kotoran, sebagaimana wasiat beliau kepada para pedagang, "Wahai para pedagang sesungguhnya jual beli ini dicampuri dengan perbuatan sia-sia dan sumpah oleh karena bersihkanlah ia dengan shadaqah." (HR. Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah juga disebutkan dalam Shahih Al-Jami').
Inilah beberapa manfaat dan hikmah dari zakat, infaq, dan sadaqah yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah, kita memohon semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang senang berinfaq dan bershadaqah serta menunaikan zakat dengan ikhlas karena mengharap wajah dan keridhaan-Nya, amin ya rabbal 'alamin.

Sumber:
-Mukhtashar al-Fiqh al-Islamy, Muhammad At-Tuwaijry.
-Shadaqah, fadhailuha wa anwa'uha, Dar-Al Qashim

Maka marilah kita mengajak diri kita dan orang lain untuk berlumba-lumba di bulan Ramadhan ini dengan amalan sedekah-infaq, infaq dan infaq lagi! .Rasulullah saw sangat pemurah bersedekah tidak terkira banyaknya di bulan Ramadan. Jangan kedekut-bersedekahlah walaupun hanya dengan separuh buah tamar.

Assalamualaikum,
Sebagaimana biasa, pihak MATRI menganjurkan derma dan sumbangan untuk tujuan mendapatkan dana bagi menampung kos majlis berbuka puasa , sumbangan kepada fakir miskin / anak yatim dan pembinaan bangunan tambahan SRIM.
1. PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR MATRI PADA SETIAP PETANG JUMAAT.
Terbuka kepada semua ahli Korahmah, PIBG SRIM/MATRI, dan masyarakat sekitar.
Sumbangan kewangan, juadah berbuka puasa amat dialu-alukan.
2. KUTIPAN DERMA UNTUK ANAK YATIM, FAKIR & MISKIN.

Borang penyertaan , 2x klik untuk pembesaran image. sila cetak semula dan sebarkan kepada rakan-rakan/facebook/blog.


3. DERMA UNTUK MEMBINA BANGUNAN TAMBAHAN SEKOLAH RENDAH (AGAMA) SERI MELATI sila rujuk:
http://srimmatri.blogspot.com/

Sabtu, 31 Julai 2010

HARGA JUALAN KURMA KORAHMAH


STOK SIMPANAN KURMA KORAHMAH UNTUK JUALAN DIBULAN RAMADHAN.




K
KURMA BERTANGKAI UTIQA RM 12/pek
KURMA BERTANGKAI NOOR/SODAT RM 11/pek
KURMA MADU BAM RM 9.00/pek

Sekolah Rendah (A) Seri Melati turut mengambil peluang untuk membuat jualan amal kurma untuk mencari dana pembinaan bangunan tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan tempat belajar. Layari : http://srimmatri.blogspot.com/

Khamis, 22 Julai 2010

PROGRAM LATIHAN ASAS BERKUDA 2010

PROGRAM LATIHAN ASAS BERKUDA 2010 DAN HARI KELUARGA HALUAN PERLIS
Tempat: Unit Ekuin, JPH,Sg.Batu Pahat, Perlis.
Tarikh: 25/7/2010 Ahad
Masa: 8.30pg-3.00 ptg
Alhamdulillah..dimulakan dengan sesi pendaftaran, para peserta yang bersama keluarga dikenakan bayaran RM15 manakala yang bujang dikenakan RM10. Kos ini bagi menampung perbelanjaan makan tengah hari dan sedikit untuk laian-lain keperluan lain..oklah tu..sekarang ni kalau makan di restoran makan sekeluarga tak cukup RM20. Kalau ada lebihan kita masukkan dalam tabung Haluan yang sentiasa kekeringan tu..
Di bahagian pendaftaran...Di situ Korahmah sempat menumpang mempromosikan jualan KURMA KORAHMAH...jadilah walaupun singkat dapat juga mengutip jualan RM 380.



Naik kereta kuda "free" seronoknya depa..letih kuda tu...
Dr.Ismail tak melepaskan peluang untuk bersama memancing...kot boleh hilang fikiran yang kusut masai tu....
Dapat ikan ...boleh goreng untuk makan tengah hari..









Dah penat..kita relax..
isshhh...naik kuda dia..seronoknya...


Team gerek mana nih??? Cikgu Abduh dah jadi pengayuh tegar..mehlah join sama..
KIta buat lagi program ni lain kali...kalau boleh lebih tersusunlah...

Ahad, 11 Julai 2010

EMAS...SIMPANAN MASA DEPAN



BERITA HARIAN 3 AUG 2010

Khamis, 8 Julai 2010

Mohon sumbangan / Infaq untuk Sekolah Rendah Agama seri melati (SRIM)


LEMBAGA TADBIR
SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI MELATI
PERKAMPUNGAN TUNJUNG
02400 BESERI, PERLIS

MOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PERBELANJAAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH BANGUNAN BAHARU UNTUK SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI MELATI (SRIM),PERLIS.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman, Sekolah Rendah Islam Seri Melati adalah sekolah persendirian atau dikenali sebagai SRIM telah ditubuhkan sejak tahun 1998 hasil derma orang ramai. Laman blog SRIM http://srimmatri.blogspot.com/

Sekolah ini menawarkan pendidikan sekolah rendah (darjah 1-6) dengan mengambil peperiksaan UPSR mengikut sukatan Kementerian Pendidikan secara sepenuh masa. SRIM amat menitikberat soal pendidikan kerohanian dengan mengajar Fardhu Ain dab Bahasa Arab Perbualan dan lain-lain yang dirasakan perlu.Ketika ini semua pelajar ditempatkan dibangunan usang dan sempit dan Lembaga Tadbir terpaksa menolak permohonan ibubapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini atas masalah tersebut.

Alhamdulillah, Lembaga Tadbir telah berjaya membeli sebidang tanah seluas 3 ekar hasil kutipan derma orang ramai. Di sinilah akan dibina sebuah bangunan 4 tingkat bagi menempatkan 16 bilik darjah dan pejabat dengan pelbagai kemudahan riadah. Kos dianggarkan berjumlah RM 2.2 juta. Usaha gigih lembaga Tadbir ketika ini telah berjaya mengumpulkan l/k RM300,000 untuk pembinaan bangunan baharu dan akan memulakan projek tersebut seberapa segera.

Pihak sekolah hanya mengenakan yuran paling minima dan tidak mampu untuk tujuan pembinaan bangunan.Atas sebab tersebut kami ingin memohon bantuan dari pihak tuan.

Sekiranya ada sedikit sebanyak sumbangan yang tuan ingin hulurkan sama ada berupa zakat, sedekah jariah atau dalam bentuk apa saja bentuk sumbangan sekali pun, boleh diserahkan kepada tabung pembinaan sekolah atas nama " DANA PEMBANGUNAN SRIM no.akaun BANK MUAMALAT: 09010001817713 . Segala kemuskilan sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Diatas kerjasama dan keperihatinan yang tuan berikan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah melimpahi ganjaran diatas kerjasama yang tuan berikan. Amien.
Sekian, Terima kasih.
Salam Hormat.



(Zaini bin Samsuddin)
Pengerusi, Lembaga Tadbir SRIM
019-4803708

Rabu, 16 Jun 2010

CERAMAH SUKARELAWAN FREEDOM FLOTILLA

CERAMAH SUKARELAWAN FREEDOM FLOTILLA & BEKAS TAHANAN PENJARA BEERSHEBA, ISRAEL
Al Fadzil Ustaz Al Hami Husin bin Suhaimi
TARIKH : 21 JUN 2010 (ISNIN)
JAM : 7.45 MALAM (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)
TEMPAT : MASJID AL-EHSAN, KG. DARAT, BESERI, PERLIS
ANJURAN :
BIRO BELIA MASJID AL-EHSAN
DGN KERJASAMA GABUNGAN NGO PERLIS SAVE GAZA
MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Isnin, 14 Jun 2010

UMRAH RAMADHAN 2010 dianjurkan SHAHID TRAVEL dengan kerjasama KORAHMAH


UMRAH RAMADHAN BERSAMA MURABBI
berikut adalah tarikh-tarikh umrah yang dikendalikan oleh Shahid Travel & Tours Sdn.Bhd.( confirm flight, price dan hotel): dengan kerjasama KORAHMAH BERHAD
Pakej 1. Umrah Awal Ramadhan: 14 - 28 Ogos (15 hari); Saudi Airlines via Singapore; RM5950.00
Pakej 2. Umrah Pertengahan Ramadhan: 18 - 31 Ogos (14 hari); MAS via KLIA; RM6690.00
Pakej 3. Umrah & Berpuasa Sebulan Ramadhan 9 Ogos - 11 Sept (34 hari); Saudi Airlines via Singapore); RM9700.00

SYARAT – SYARAT PENDAFTARAN :
1) ISIKAN BORANG PENDAFTARAN.
2) GAMBAR BERUKURAN 6 X 4 CM SEBANYAK 4 KEPING. ZOOM ANTARA TELINGA KE TELINGA 3 CM & ANTARA DAGU KE KEPALA 4 CM. ( LATARBELAKANG PUTIH ).
3) PASPORT ANTARABANGSA YANG SAH MELEBIHI 6 BULAN DARI TARIKH PENERBANGAN ( PASPORT HENDAKLAH DISERAHKAN 1 BULAN SEBELUM TARIKH PENERBANGAN ).
4) SALINAN SURAT NIKAH , SURAT AKUAN MAHRAM ATAU SALINAN SURAT BERANAK BAGI MEREKA YANG MEMBAWA MAHRAM ATAU ANAK DIBAWAH UMUR 12 TAHUN BERSAMA.
5) KAD SUNTIKAN MENINGITIS DARI KLINIK KERAJAAN.
6) WANG DEPOSIT RM 1000.00 SEORANG DALAM BENTUK WANG TUNAI ATAU CEK.
7) BAYARAN PENUH HENDAKLAH DIBAYAR 5 MINGGU SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.
8) SALINAN KAD PENGENALAN.
CENDERAHATI SYARIKAT :
KURSUS UMRAH PERCUMA

BEG PERJALANAN
BEG KECIL
BUKU PANDUAN UMRAH
AIR ZAM ZAM 10L

* bagi pelanggan Perlis, Kedah dan P. Pinang pengangkutan sama ada menggunakan bas atau kapal terbang ke KLIA/ JB boleh diurus atas permintaan pelanggan .
* harga penerbangan via Singapura termasuk tambang bas pergi balik Johor-Singapura sahaja.
*harga berdasarkan penginapan ekonomi 4 orang sebilik. Tambahan bayaran dikenakan bagi yang mahu 2 atau 3 orang sebilik
*kursus umrah diberikan beberapa hari sebelum berlepas.


Tempat Terhad , Daftar sekarang sebelum 5/7/2010
Untuk tempahan hubungi :

019-2806183 Nassir Salleh , 012-4876781 Cikgu Idris Ahmad , 012-4771544 A.Rashid
BORANG PENDAFTARAN


SHAHID TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
NO SYKT : 322653-P
NO LESEN : KPL/LN 2817
















CONTOH CADANGAN ATURCARA PERJALANAN UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN
DENGAN PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (KLIA) 18 - 31 OGOS 2010 (14 HARI)

HARI 1 AHAD (18/08/2010) – 8 RAMADHAN 1431
Jam 12.00 tengahari para jemaah melapor diri di kaunter J bagi urusan check-in barang-barang oleh petugas syarikat. Penerbangan ke Jeddah jam 3.15 petang dengan penerbangan MH150. Para jemaah dinasihatkan memakai ihram sebelum bertolak kerana akan memasuki Mekah terlebih dahulu. Sampai di Lapangan Terbang Malik Abdul Aziz Jeddah jam 6.55 petang (waktu Saudi). Jemaah disambut oleh wakil Muassasah dan syarikat serta diatur perjalanan bas berhawa dingin menuju ke Makkah. Setiba di Makkah check-in di Hotel Jawharat Mona (atau setaraf). Setelah berehat para jemaah akan dipandu untuk mengerjakan umrah oleh Mutawif.
HARI 2 ISNIN (19/08/2010) – 9 RAMADHAN 1431
Bebas dengan urusan masing-masing atau melakukan umrah.
HARI 3 SELASA (20/08/2010) – 10 RAMADHAN 1431
Para jemaah akan dibawa berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam dan tempat-tempat melakukan ibadah Haji di sekitar Makkah. Berakhir di Masjid Ja’ranah di mana para jemaah boleh mengambil miqat umrah sekiranya ingin melakukan umrah sekali lagi. Pulang ke Hotel atau terus melakukan umrah.
HARI 4-8 RABU-AHAD (21-25/08/2010) – 11-15 RAMADHAN 1431
Berada di Makkah dan bebas dengan ibadah masing-masing atau melakukan umrah. Di satu hari yang sesuai para jemaah akan dibawa ziarah ke Miqat Hudaibiyah dan ternakan unta termasuk Muzium (sekiranya mendapat keizinan pihak berkuasa).
HARI 9 ISNIN (26/08/2010) – 16 RAMADHAN 1431
Para jemaah akan tawaf wada’ (selamat tinggal) sebelah pagi dan akan menuju ke Madinah. Setibanya di Madinah, check in di Hotel Wasel Ar Rim (atau setaraf).
HARI 10 SELASA (27/08/2010) – 17 RAMADHAN 1431
Para jemaah akan dibawa oleh Mutawif untuk berziarah ke Masjidin Nabawi termasuk Raudhah, Makam Rasulullah saw, S.Abu Bakar ®, S. Omar ® dan perkuburan Baqe’. Kembali dan berehat di Hotel.
HARI 11 RABU (28/08/2010) – 18 RAMADHAN 1431
Pada sebelah pagi berziarah ke tempat-tempat sejarah Islam sekitar Madinah termasuk Pasar/Ladang Kurma. Kembali ke hotel dan bebas dengan urusan masing-masing.
HARI 12 KHAMIS (29/08/2010) – 19 RAMADHAN 1431
Aturcara bebas.
HARI 13 JUMAAT (30/08/2010) – 20 RAMADHAN 1431
Pada sebelah pagi, para jemaah akan check-out hotel dan bertolak menuju ke Lapangan Terbang SAUDIA Jeddah. Jam 4.00 petang check-in penerbangan MH151 menuju ke KLIA dan berlepas jam 9.00 malam.
HARI 14 SABTU (31/08/2010) – 21 RAMADHAN 1431
Dijangka sampai di Lapangan Terbang KLIA jam 11.05 pagi dengan selamatnya, Insya Allah….
SEMOGA SEMUA PARA JEMAAH DIGANJARI DENGAN UMRAH YANG MABRUR, AMEEN.
HARGA: RM 6,690.00 DEWASA (4/5 SEBILIK)
RM 6,090.00 KANAK-KANAK (2-11 THN)
HARGA TERMASUK :
ü TIKET PENERBANGAN EKONOMI, URUSAN VISA, PENGANGKUTAN DI TANAH SUCI, ZIARAH MADINAH-MAKKAH, MAKAN 2X SEHARI + MINUMAN PANAS-SEJUK (24JAM), MUTAWIF
JADUAL PERJALANAN DAN HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SEPERTI HARGA MINYAK, HOTEL DAN DLL.