Rabu, 21 April 2010

BORANG/KURSUS UNTUK ANGGOTA KORAHMAH

BORANG MEMOHON MENJADI AHLI(ANGGOTA)KORAHMAH.


Nota: Jumlah Minima (Yuran/Syer/Derma) RM145.00.
Borang yang telah disempurnakan boleh dihantar kepada pengurus KORAHMAH Cikgu Idris Ahmad(012-4876781)
Setelah diterima sebagai anggota Koperasi tingkatkan pengetahuan anda dengan maklumat yang disediakan oleh SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA. SKM adalah pengawalselia semua koperasi di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut Layari :http://www.skm.gov.my/web/guest/home

Ahli/Anggota Korahmah juga dipelawa mengikuti kursus-kursus yang dikendalikan oleh MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA. MKM ditubuhkan khusus membantu koperasi untuk menjadi sebuah koperasi yang berjaya. Dengan kos yuran minima RM25.00 sahaja pelbagai kursus boleh dipohon dan diikuti seperti pengurusan, pentadbiran, akaun dan komputer. Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik pula diwajibkan menghadiri kursus Wajib seberapa segera. Tempat kursus yang terdekat diadakan di Alor Setar, Kedah. Maklumat Lanjut layari : http://www.mkm.edu.my/home

Angkasa juga menyediakan pelbagai kemudahan / kursus untuk ahli/anggota Koperasi. Layari :
http://www.angkasa.coop/mal.htm



Tiada ulasan:

Catat Ulasan